fbpx

Pelajar maut dan rakan cedera, motosikal dirempuh kereta pecah tayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal salah seorang remaja lelaki yang dirempuh sebuah kereta Proton Wira di KM 38, Jalan Kampung Bukit Nenas - Kampung Tayor, Setiu hari ini.

SETIU – Gara-gara tayar pecah, sebuah kereta Proton Wira tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh dua remaja lelaki yang masing-masing menunggang motosikal berasingan di Kilometer 38, Jalan Kampung Bukit Nenas – Kampung Tayor di sini hari ini.

Rempuhan dalam kemalangan pada pukul 5.55 petang itu menyebabkan Muhammad Daniel Iqram Apizul, 14, maut manakala rakan sekolahnya, Muhammad Airiel Zikry Jafferi, 14, pula cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, penumpang kereta Proton Wira terbabit, Mohd. Mustakim Mustapa, 33, juga patah paha dan lengan kiri akibat kemalangan itu.

Beliau berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsan Sungai Tong di sini baru keluar dari sebuah stesen minyak dengan menaiki motosikal masing-masing.

“Muhammad Airiel dan Muhammad Daniel Iqram yang masing-masing menunggang motosikal Yamaha Lagenda 110Z dan Honda C100 telah dirempuh oleh sebuah kereta Proton Wira.

“Kenderaan dinaiki dua juru pendawaian elektrik tersebut dikatakan hilang kawalan selepas tayar kereta itu tiba-tiba pecah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Afandi berkata, kereta Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 24 tahun berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pak Kancil di sini.

Tambah beliau, mayat Muhammad Airiel telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk dibedah siasat.

“Seorang lagi mangsa, Mohd. Mustakim juga dikejarkan di unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan.

“Dua lagi mangsa yang cedera ringan pula menerima rawatan sebagai pesakit luar. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI