fbpx

Kit Siang sama taraf dengan Nik Aziz – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
(Dari kiri) Kit Siang, Dr. Mahathir, Nik Aziz

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini sempat berseloroh mengatakan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang adalah individu yang setaraf dengan bekas Musyidul Am Pas, Allahyarham Tan Sri Nik Aziz Nik Mat.

Katanya, sumbangan Kit Siang kepada negara ini tiada bandingannya dengan mana-mana individu lain.

“Bagus sebab dia (Kit Siang) sama taraf dengan Nik Aziz.

“Sumbangan Kit Siang kepada negara tak boleh di lawan oleh mana-mana pihak lain, dia seorang yang setaraf dengan (Allayarham) Nik Aziz,” katanya dalam sidang akhbar khas Mesyuarat Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 bagi Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) sekali gus membawa gelaran Tan Sri. kepada Kit Siang oleh Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam.

Mengulas lanjut, bekas Pengerusi Bersatu itu berkata, beliau tidak mahu beremosi dengan penganugerahan darjah kebesaran yang diterima Kit Siang.

“Saya tak marah (Kit Siang) terima darjah Tan Sri,” ujarnya.

Terdahulu, Kit Siang antara 26 penerima Darjah Kebesaran PSM yang membawa gelaran Tan Sri selain tiga individu menerima darjah kebesaran itu bagi kategori pertubuhan politik sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI