fbpx

Ketua Polis Daerah ditahan terima rasuah lebih RM1 juta sejak 2017

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Seorang Ketua Polis Daerah di Pahang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran disyaki menerima rasuah bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya.

Menurut sumber, pegawai kanan polis berusia 53 tahun itu ditahan petang tadi kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM1 juta sejak tahun 2017 hingga 2022.

“Bayaran rasuah itu disyaki bagi melindungi pusat hiburan dan pusat urut yang tidak berlesen daripada sebarang tindakan serta gangguan pihak berkuasa,” katanya di sini tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Amin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan, tetapi enggan mengulas lanjut berhubung kes berkenaan.

“Siasatan dijalankan dibawah seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI