fbpx

Dewan Rakyat: Projek perumahan di KL wajib ada PPR, rumah mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dasar kerajaan semasa mewajibkan pembinaan rumah mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) dalam semua projek perumahan yang diluluskan di ibu negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan penetapan syarat itu bagi memastikan jumlah rumah tersebut dapat ditingkatkan untuk memenuhi keperluan rakyat.

Menurut beliau, terdapat sebanyak 3,000 permohonan untuk rumah mampu milik atau PPR dalam setahun sedangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya mampu menawarkan 300 unit.

“Kita buat perubahan yang saya pengerusikan dua bulan lepas untuk tidak meluluskan mana-mana projek perumahan sekiranya mereka (pemaju) tidak bina unit rumah mampu milik atau PPR dalam projek sama.

“Mengenai soal syarat permohonan PPR DBKL yang ketat saya bersetuju dan saya minta DBKL buat sikit penyesuaian,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai syarat permohonan menyewa rumah PPR DBKL terlalu ketat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI