fbpx
Butiran diri yang dikongsi Nuril di lamanTwitter.

Buang rasa malu cari jodoh di Twitter elak jadi andartu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kewujudan banyak laman sosial termasuk Twitter memberi peluang kepada orang ramai termasuk para gadis untuk berkenalan dan seterus­nya mencari pasangan hidup.

Tinjauan Kosmo! di laman sosial itu mendapati terdapat sebuah akaun yang aktif ‘mempromosikan’ individu bujang yang berhasrat untuk mencari bakal suami atau isteri.

Akaun tersebut yang mempunyai hampir 100,000 orang pengikut dengan 80 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan wanita.

Akaun itu turut mele­takkan beberapa syarat antara­nya aktif di laman Twitter, menggunakan gambar profil sendiri, memberi maklumat secara terperinci tentang diri dan juga calon pasangan serta serius untuk menjalinkan hubungan.

Kesemua syarat itu adalah untuk memastikan orang ramai sama ada pengikut atau ‘pasa­ngan yang dicari’ tidak ditipu atau sekadar untuk suka-suka.

Berdasarkan pemerhatian Kos­mo!, terdapat lebih 100 ciapan bagi mencari pasangan setiap hari di akaun tersebut.

Rata-rata gadis yang menggunakan platform tersebut mengakui mereka tidak kisah ‘mempromosikan’ diri di akaun Twitter tersebut kerana niat sebenar adalah untuk mencari kenalan untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.

KISAH 1 

Pekerja swasta yang mahu dikenali sebagai Nuril nekad untuk mencari pasangan hidup dengan berkongsi maklumat dan butiran peribadi­nya di Twitter pada bulan lepas kerana mahu menamatkan zamat bujangnya pada tahun ini.

Menurut gadis berusia 28 tahun itu, soalan berkaitan jodoh yang kerap diterima daripada ibunya menjadi antara punca dia menyertai akaun jodoh tersebut.

“Saya terpaksa tebalkan muka untuk mencari pasangan hidup menerusi media sosial. Tiga orang kakak saya sudah berkahwin. Sebab itu ibu dan ayah sudah mula bertanyakan bila pula giliran saya untuk menamatkan zaman bujang?

“Siapa yang tidak mahu memiliki pasangan? Teman untuk sehidup semati dan dicintai. Saya akui takut untuk membujang sampai ke tua. Saya sertai akaun mencari jodoh tersebut kerana mahukan lelaki yang serius bukannya teman sembang semata-mata,” katanya kepada Kosmo!.

Anak keempat daripada tujuh beradik itu tidak menyangka menerima lebih 40 kiriman mesej daripada individu yang mahu berkenalan dengannya tidak sampai 24 jam selepas membuat hantaran di Twitter.

“Ada lelaki yang membalas ciapan saya di ruangan komen. Saya tidak sangka kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan dan secepat ini,” ujarnya.

Nuril meletakkan syarat pemuda dari Kuantan, Pahang sebagai pasangan hidup kerana dia begitu rapat dengan keluarganya.

“Kalau dapat lelaki dari Kuantan itu adalah bonus sebab saya tinggal bersama keluarga di Kuantan. Tetapi kalau sudah memang jodoh atau bertemu lelaki yang serasi, saya tetap menerima si dia seadanya,” kongsinya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN