fbpx

Tiga beranak cemas sesat daki Gunung Lambak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA beranak yang sesat di kaki Gunung Lambak, Kluang dibawa turun oleh pasukan menyelamat selepas ditemui kira-kira pukul 11.23 malam semalam.

KLUANG -Tiga beranak berhadapan detik cemas hampir empat jam selepas gagal menemui jalan pulang ketika mendaki Gunung Lambak melalui tapak perkhemahan Bukit Talula dekat sini petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Md. Nor berkata, mangsa terdiri daripada Loh Yeok Keong, 56, Lok Siew Koon, 53, dan Lok Hong Sheng,12, dilaporkan memulakan pendakian kira-kira pukul 4.23 petang sebelum turun semula pada pukul 6.30 petang.

Katanya, keadaan cuaca yang gelap menyebabkan mangsa gagal menemui jalan pulang menyebabkan ahli keluarga membuat laporan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang dan dimaklumkan kepada pihaknya sebelum melancarkan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 8.24 malam.

“Bertindak melalui maklumat, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Saiful Fadly Karim bersama 11 anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Dua anggota Pasukan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan dua orang Malim Gunung.

“Kumpulan mencari dan menyelamat kemudiannya dibahagi kepada dua kumpulan dan semua mangsa berjaya ditemui pada pukul 11.23 malam pada jarak 500 meter dari tapak perkhemahan berpandukan lokasi yang dihantar kepada pasukan menyelamat,” katanya.

Menurut Mohd Fauzi lagi, semua mangsa ditemui selamat tanpa sebarang kecederaan sebelum dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh mengesahkan kejadian dan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah apabila mendapati tiada sebarang kecederaan dialami. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI