fbpx

PRN: PH, BN Kedah gabung formula agih kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahfuz

ALOR SETAR – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Kedah menggabungkan formula terbaik dalam pengagihan kerusi bagi memastikan kemenangan lebih berpihak kepada Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, rundingan membabitkan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah disepakati atas semangat perpaduan.

Walau bagaimanapun, katanya, empat lagi kerusi masih belum dimuktamadkan dan dalam peringkat rundingan akhir.

“Kami sudah sampai ke penghujung yang mana rundingan hanya untuk tiga atau empat kerusi sahaja belum selesai.

“Kita telah berjaya menetapkan apa yang diputuskan oleh gabungan di peringkat Pusat berdasarkan kepada parameter yang perlu diakui semua parti dalam gabungan,” katanya di sini hari ini.

Beliau enggan mendedahkan kawasan yang masih dalam rundingan akhir tersebut dan memaklumkan bahawa ia dijangka dapat diselesaikan menjelang pertengahan Jun ini.

“Kawasan mana masih rahsia, belum boleh dedah. Saya percaya semua 36 kerusi akan dimuktamadkan menjelang Hari Keputeraan Sultan Kedah (18 Jun) dengan mengambil keberkatan hari tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI