fbpx

Tujuh pekerja institut memandu terperangkap banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap banjir di institut memandu di Jalan Kuala Selangor, Ijok, Kuala Selangor hari ini.

KUALA SELANGOR – Tujuh pekerja sebuah institut memandu berjaya diselamatkan bomba selepas terperangkap di kawasan itu yang dilanda banjir di Jalan Kuala Selangor, Ijok di sini, hari ini.

Kesemua mangsa terdiri daripada enam wanita dan seorang lelaki berusia 18 hingga 55 tahun sedang bekerja di pejabat premis tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul jam 10.17 pagi.

Katanya, sepasukan lima anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikerah dalam operasi menyelamat itu.

“Pemeriksaan mendapati kawasan institut memandu berkenaan dinaiki air sedalam kira-kira satu meter. Semua pekerja itu dipercayai terperangkap selama 30 minit sebelum ketibaan bomba ke lokasi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Wan Md. Razali, semua mangsa berjaya dipindahkan ke lokasi selamat, namun keadaan air masih berada pada paras sama setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI