fbpx

Real mula memburu khidmat Kane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE memasuki tahun terakhir kontraknya di Tottenham menjadi buruan Real bagi menggantikan Benzema yang dijangka angkat kaki ke kelab Arab Saudi, Al-Ittihad.

MADRID – Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti mula merencanakan ‘Pelan B’ dengan membuat rayuan kepada pengurusan tertinggi untuk menandatangani khidmat Harry Kane pada jendela perpindahan yang akan bermula bulan depan.

Sebagai rekod, skuad The Galacticos kini agak panik selepas penyerang utama, Karim Benzema dilaporkan bakal angkat kaki pada musim ini apabila mene­rima tawaran lumayan daripada kelab Arab Saudi, Al Ittihad.

Susulan itu, Ancelotti percaya Kane merupakan calon paling sesuai untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Benzema memandangkan dia memiliki rekod sebagai penjaring prolifik Liga Perdana Inggeris (EPL).

Cuma, Real bakal mendapat tentangan sengit daripada Manchester United memandangkan Kane dilaporkan lebih berminat untuk kekal di England.

Namun, pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy difahamkan tidak mahu menjual Kane kepada kelab pesaing EPL dan tidak mempunyai masalah untuk melakukan kerjasama dengan Real nanti.

Benzema yang telah dianggap sebagai salah seorang penyerang legenda Real apabila berjaya menjaringkan 353 gol dalam 647 perlawanan kompetitif dilaporkan bersedia untuk ‘angkat kaki’ dan melebarkan sayap ke tempat baharu.

Penyerang yang telah bersama Real sejak 2009 itu masih lagi mempunyai kontrak hingga peng­hujung musim 2024.

Bagaimanapun, situasi mula berubah apabila kelab Al Ittihad dilaporkan bersedia untuk menawarkan kontrak lumayan sebanyak £171.5 juta (RM977.5 juta) semusim termasuk menjadi duta Arab Saudi yang mahu menjadi hos Piala Dunia 2030. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI