fbpx

Melaka perlu RM20 juta naik taraf sektor pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL RAZAK (kiri) menunjukkan mural yang telah rosak ketika meninjau lokasi-lokasi tumpuan pelancong di sekitar Banda Hiilir, Melaka, hari ini.

MELAKA – Kerajaan negeri memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta bagi menaik taraf sektor pelancongan sempena persiapan penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, permohonan peruntukan itu telahpun dihantar kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC).

Katanya, kini persiapan yang dilakukan telah mencecah 70 peratus dan baki perlu melibatkan kerja-kerja menaik taraf sektor itu termasuk penyediaan kemudahan asas dan keceriaan lokasi pelancongan.

“Untuk persediaan TMM2024 ini, kerajaan negeri ada peruntukan dan kita turut mendapat kerjasama baik daripada MOTAC yang sentiasa membantu.

“Kita juga sudah mohon daripada MOTAC sekitar RM15 juta hingga RM20 juta tambahan untuk melakukan baki 30 peratus lagi kerja-kerja penambahbaikan dari segi kemudahan dan keceriaan lokasi pelancongan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau persediaan kerajaan negeri menghadapi TMM2024 di lokasi tumpuan pelancong sekitar bandar Melaka di sini, hari ini.

Turut hadir ialah ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dan Datuk Bandar  Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

Mengulas lanjut beliau berkata, antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan adalah memasang lampu di lorong-lorong sekitar Jonker Walk dan papan tanda bagi kemudahan pelancong.

“Kita mencadangkan kawasan-kawasan lorong belakang ini yang saya nampak sudah ada kemudahan mungkin kita tambah baik contohnya pada hujung minggu di jalan belakang tu pun kita boleh aktifkan seperti bahagian depan Jonker Walk.

“Dari kebersihan juga ditekankan untuk keselesaan pelancong, selain itu adalah pencahayaan dan keceriaan untuk pelancong merakamkan gambar kenangan melancong ke negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI