fbpx

Pusat peniaga kecil, penjaja perlu lebih bersih, indah – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (dua dari kanan) ketika merasmikan D'Anjung Selera Madani, di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua pihak termasuk di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengubah ‘wajah’ penempatan gerai peniaga kecil serta penjaja di seluruh negara kepada sebuah infrastruktur yang lebih selesa, indah dan bersih.

Menurut Anwar, beliau mahukan langkah tersebut segera diaturkan dalam tempoh sekurang-kurangnya satu hingga dua tahun ini.

Tambahnya, beliau mahu melihat satu pelan yang lebih teratur dibuat oleh pihak pengurusan terlibat untuk mengangkat martabat dan memberi penghormatan serta ihsan kepada golongan berpendapatan kecil, khususnya peniaga dan penjaja.

“Kita tukar wajah KL (Kuala Lumpur) dalam satu atau dua tahun ini, bila tengok gerai, ia cantik dan bersih.

“Ini harus berlaku di semua kota di negara kita, tidak mahu hanya di Kuala Lumpur, di Petaling Jaya, Klang, Shah Alam, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Kota Bharu dan Alor Setar juga perlu ada.

“Kita mesti ada dasar jelas. Apa yang membezakan kita (Kerajaan Perpaduan) dengan lain adalah kita lebih tunjukkan prihatin pada kelompok peringkat bawah, kita tidak mahu ini dianggap saranan politik tapi mahu tindakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian D’Anjung Selera Madani, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI