fbpx

Pelajar maut nahas dalam perjalanan sertai program Skuad Anti Dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dua motosikal terlibat kemalangan di Kilometer tujuh, Jalan Bahau-Batu Kikir, Jempol pagi tadi. - Foto ihsan polis

JEMPOL – Seorang pelajar maut, manakala rakannya cedera selepas terbabit dalam nahas dua motosikal di Kilometer tujuh, Jalan Bahau-Batu Kikir, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Muhammad Rizal Hakimi Yusrizalhanasri, 17, yang membonceng motosikal
disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, kemalangan kira-kira pukul 7.40 pagi membabitkan dua motosikal jenis Honda EX5 ditunggangi oleh seorang lelaki berusia 44 tahun, manakala motosikal Yamaha Y15ZR dinaiki dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mansor berusia 17 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari rumahnya di Serting Ilir hendak ke kedai. Setiba ditempat kejadian, semasa melalui jalan lurus, datang motosikal dinaiki dua sahabat tersebut dari arah belakang melanggar tepat di bahagian belakang motosikal Honda EX5 di laluan yang sama arah.

“Akibat daripada kemalangan ini, penunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR telah merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan dan menyebabkan pembonceng tercampak ke bahu kiri jalan.

“Pembonceng yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bahau manakala penunggang mengalami kecederaan patah kaki kanan serta luka-luka di muka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, penunggang sebuah lagi motosikal mengalami kecederaan patah kaki kiri.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Jempol bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, Chang Hook menyatakan, rakan mangsa mengambil mangsa di rumah di Jambu 8 untuk pergi ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Serting bagi menyertai program Skuad Anti Dadah di Telok Kemang, Port Dickson. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI