fbpx

Neelofa, suami idam anak ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haris bersama isterinya, Neelofa dan anak sulung mereka, Bilal. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA — Pendakwah bebas, Haris Ismail mendedahkan isterinya, Neelofa berhasrat untuk mempunyai anak yang ramai.

Bagaimanapun, Haris atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd. Ismail menyerahkan bilangan atau rezeki cahaya mata itu kepada Allah.

“Seingat saya, dia (isteri) mahu anak ramai, satu pasukan bola dia nak.

“Tapi, kita pun tidak ada terhadkan berapa orang anak, yang mana Allah bagi maka kita terima sahaja.

“Pada saya, anak ini satu perkara yang dekat dengan hati anda dan hati saya,” katanya dalam sebuah video.

Menerusi hantaran video sama, Neelofa turut memberi maklum balas mengenai pendedahan suaminya itu.

Paling utama kata usahawan selebriti itu, dia memang sedia mempunyai cahaya mata yang ramai, bahkan tidak kisah selagi dirinya berkemampuan terutama dari segi fizikal.

“Boleh saya katakan sebenarnya Pak Ustaz (Haris) kita ini bertuah sebab isteri dia memang tidak kisah kalau dia ada (mahu) anak yang ramai.

“Ada sesetengah orang berkira-kira nak beranak dan nak mengandung ni. Saya kalau boleh tak mahu hadkan jumlah anak.

“Selagi Allah bagi kudrat dan kemampuan untuk beranak, kita beranak ramai-ramai,” jelas Neelofa yang kini sarat hamil cahaya mata kedua.

Dalam pada itu, Neelofa berpendapat anak-anak merupakan saham akhirat buat dirinya dan suami.

“Paling penting sekali kita ada kemampuan untuk jaga dan besarkan anak-anak solehah.

“Itulah saya dan suami punya impian sebab anak-anak ini akan jadi pelaburan kita di akhirat nanti,” jelas Neelofa.

Untuk rekod Neelofa mendirikan rumah tangga bersama Haris pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 2. — KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI