fbpx

Lebih 200 terbunuh, 850 cedera dalam nahas kereta api di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar klip video menunjukkan sejumlah mayat mangsa dikumpulkan di bawah kain putih di sebelah landasan kereta api dekat Balasore semalam. – AFP -ma

NEW DELHI, India – Sekurang-kurangnya 207 orang terbunuh, lebih 850 lagi cedera dan ramai lagi dikhuatiri terperangkap dalam kemalangan ngeri melibatkan tiga buah kereta di negeri Odisha,  timur India lewat kelmarin, kata pegawai-pegawai tempatan.

Wartawan AFP di tempat kejadian melihat kompartmen-kompartmen hancur terkoyak dan lubang-lubang  berlumuran darah di lokasi nahas dekat Balasore, sekitar 200 kilometer (125 batu) dari ibu negeri Odisha, Bhubaneswar.

Sebilangan gerabak terbalik, manakala pekerja -pekerja penyelamat meneruskan usaha mencari dan  mengeluarkan mangsa terselamat yang terperangkap dengan berpuluh-puluh mayat diletakkan di bawah cadar putih di sebelah landasan.

“Kami mengira sebanyak 207 kematian, namun angka korban dijangka terus meningkat.

 “Kerja menyelamat diteruskan di tempat kejadian dan kami akan mengambil masa beberapa jam lagi untuk selesai,” kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Bomba Odisha, Sudhanshu Sarangi  kepada dari lokasi kemalangan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI