fbpx

Kosongkan pejabat hujung penggal pentadbiran perkara biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (empat kiri) bersama wakil penerima sumbangan bagi program itu di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Tindakan beberapa Exco Selangor yang mula mengosongkan pejabat pada hujung penggal pentadbiran merupakan perkara biasa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tindakan exco terbabit bukan satu perkara mengejutkan memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan terbubar tidak lama lagi, atau terbubar secara automatik pada 25 Jun ini.

“Bila dah nak bubar (DUN), kita pun bersiap sedia untuk kemas dan saya pun buat perkara sama pada penggal lepas.

“Nanti bila Pilihan Raya Negeri (PRN), semua sibuk di lapangan,” katanya selepas Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 (PSKNS 2023) di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, hari ini.

Difahamkan antara pejabat yang mula dikosongkan adalah Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Rodziah Ismail.

Selain itu, melibatkan pejabat Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan bahawa sedang menunggu tarikh bagi menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menentukan tarikh pembubaran DUN Selangor.

“Minggu lepas saya dah menghadap Baginda dan memaklumkan (berhubung sesi menghadap untuk pembubaran DUN).

“Secara asasnya, Tuanku sedang berkira-kira untuk tarikh (bagi sesi menghadap) sebab Baginda ada beberapa perancangan lain.

“Pembubaran DUN bukan satu acara biasa yang mana negeri Selangor ada tradisi. Ada sedikit istiadat dan ini adalah tradisi di Selangor yang ingin kita kekalkan yang perlu dibuat dengan cermat dan teratur,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI