fbpx

Hampir seluruh negara dilanda hujan lebat, ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hampir seluruh negara dilanda hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga pukul 6 petang hari ini.

MetMalaysia dalam laporan cuaca di Facebook sebentar tadi memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah negeri di utara serta Pantai Timur.

“Cuaca buruk diramal berlaku di seluruh Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

“Di Kelantan pula melibatkan Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang dan beberapa daerah sekitar Terengganu seperti Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman,” katanya.

Selain itu, cuaca buruk yang sama turut berisiko di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Pekan dan Rompin) serta sekitar Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) dan seluruh Kuala Lumpur.

“Hujan lebat serta ribut petir diramal melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga lewat petang ini,” jelasnya.

Dalam laporan sama, MetMalaysia memberitahu, bagi negeri Sarawak, hujan lebat dijangka melanda Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis dan Beluru).

“Di Sabah melibatkan Pedalaman (Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Pitas) pada petang ini,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI