fbpx

[VIDEO] Chong Wei jadi ‘cikgu’ ajar Lin Dan cakap Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gelagat Chong Wei dan Lin Dan menerusi perkongsian video di TikTok Chong Wei

PETALING JAYA – Tular rakaman mencuit hati memaparkan gelagat lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengajar sahabat dunia sukannya iaitu Lin Dan bertutur dalam bahasa Melayu.

Menerusi perkongsian Chong Wei di laman TikToknya @leechongweiofficial, beliau dilihat mengajar Lin Dan beberapa perkataan Melayu seperti apa khabar dan terima kasih.

Bagi perkataan terakhir pula, Chong Wei meminta Lin Dan mengungkap ayat ‘aku cinta kamu’.

“Wo ai ni, aku cinta kamu,” kata Chong Wei.

“Aku cinta kamu,” balas Lin Dan dengan penuh bersemangat.

Sehingga kini, video yang dimuat naik Chong Wei pada Selasa lalu telah meraih lebih 480,000 tontonan serta 64,400 tanda suka.

Menjengah ke ruangan pula, ramai yang mengagumi keakraban dua seteru hebat tersebut selain terhibur mendengar dialek Lin Dan bertutur dalam bahasa Melayu.

“Sebutan bahasa dia macam orang Malaysia betul. Itu bukan Lin Dan. Itu Adrian Teh, pengarah Filem Paskal,” seloroh @Cici.

“Musuh tradisi paling lama Chong Wei dan Lin Dan, tapi mereka juga yang paling rapat dalam dunia badminton,” kata @Azri.

Terdahulu, Chong Wei dan Lin Dan berjaya dipilih menjadi Hall of Fame Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana kejayaan meraih pelbagai gelaran sepanjang karier mereka dalam sukan badminton profesional tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI