fbpx

5 klinik kesihatan daif yang dinaik taraf di Kelantan beroperasi bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha (dua dari kanan) menerima replika kunci klinik daripada Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (dua dari kiri) pada Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Mata Ayer, Machang hari ini. - Foto oleh ROSMIZAN RESDI / KOSMO!

MACHANG – Lima klinik desa berstatus daif di Kelantan yang telah dinaik taraf kepada klinik kesihatan Jenis 7 akan mula beroperasi pada 2 Julai depan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, peruntukan naik taraf bagi kelima-lima klinik desa itu telah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dengan kos keseluruhan berjumlah RM32.05 juta.

Menurutnya, klinik desa yang dinaik taraf di negeri ini adalah Klinik Kesihatan Mata Ayer dan Klinik Kesihatan Kerilla di sini, Klinik Kesihatan Karangan dan Klinik Kesihatan Peria di Kuala Krai selain Klinik Kesihatan Sokor, Tanah Merah.

“Pembinaan kesemua projek tersebut telah bermula pada tahun 2020 dan siap pada awal tahun ini.

“Klinik-klinik itu bakal menawarkan perkhidmatan yang telah dinaik taraf seperti klinik kesihatan ibu dan anak, pesakit luar, rawatan kecemasan, makmal perubatan asas dan farmasi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Mata Ayer di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zaliha memberitahu, setiap klinik dilengkapi dengan empat unit kuarters bagi kemudahan dan keselesaan kepada kakitangan agar mereka dapat memberi perkhidmatan sekali gua meningkatkan taraf penyampaian perkhidmatan dalam operasi klinik.

Menurutnya, beliau berharap kelima-lima klinik itu akan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat.

Sementara itu, Zaliha berkata, sebanyak 39 buah lagi klinik daif di Kelantan akan dibaik pulih dan dinaik taraf dengan anggaran kos sebanyak RM9.6 juta. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI