fbpx

Syarikat jual keranda tema jenama, filem popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Go As You Please menawarkan keranda berbentuk unik seperti tema filem Star Wars dan sosej Greggs. - Foto Sky News

LONDON –  Sebuah syarikat pengebumian, Go As You Please menyasarkan untuk mengubah cara orang ramai melihat kematian dengan menawarkan keranda khas yang direka menyerupai gulungan sosej Greggs, lapor portal berita Thaiger semalam.

Selain itu, Go As You Please turut mereka bentuk keranda menyerupai botol wiski di samping  tema filem popular seperti Star Wars, Game of Thrones, The Walking Dead, Harry Potter dan Only Fools.

Syarikat  yang mempunyai cawangan di timur laut England dan Edinburgh, Scotland itu menyesuaikan kerandanya mengikut permintaan setiap pelanggan.

Pengurus besar  Go As You Please, Scott Purvis berkata, syarikatnya menghasilkan keranda seperti kotak Dyson untuk pelanggan yang mempunyai sejarah membaiki pembersih vakum lama.

Menurutnya, kebanyakan reka bentuk keranda terhasil daripada perbualan jujur ​​dengan pelanggan semasa mereka masih hidup. 

Syarikat itu menggalakkan keluarga untuk mereka bentuk keranda mereka sendiri dan juga mengambil bahagian dalam pembuatannya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI