fbpx

Skim Perubatan Madani bermula 15 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengalu-alukan penyertaan pengamal perubatan swasta umum (GP) di 10 daerah bagi menyertai program rintis Skim Perubatan Madani yang bermula hari ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, penyertaan itu bagi membolehkan penerima manfaat skim perubatan itu mendapatkan rawatan bermula 15 Jun ini.

Beliau berkata, 10 daerah terbabit termasuk Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

“KKM dengan ini menjemput GP di lokasi terlibat untuk mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan Madani bermula hari ini.

“GP berminat boleh melayari laman sesawang ProtectHealth di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau menghubungi talian 03-8687 2525,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, ProtectHealth juga akan menganjurkan sesi taklimat dan latihan secara dalam talian kepada GP yang berdaftar untuk penerangan lebih lanjut mengenai Skim Perubatan Madani.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk. Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Bajet 2023 mengumumkan Skim Perubatan Madani sebagai salah satu inisiatif kerajaan bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.

Skim Perubatan Madani merupakan manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Ia bertujuan untuk membantu golongan B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes-kes akut) di GP berhampiran, sekali gus mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI