fbpx

Putera Mahkota Jordan kahwin wanita Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERA Mahkota Hussein berkahwin dengan Puteri Rajwa Al-Hussein di Amman semalam. - Foto Arab News

AMMAN, Jordan –  Putera Mahkota Jordan, Putera Hussein bin Raja Abdullah II berkahwin dengan warga Arab Saudi, Rajwa Al-Saif  yang kini memakai gelaran Puteri Rajwa Al-Hussein melalui titah diraja di Istana Zahran, Amman lapor portal berita Arab News semalam.

Pasangan diraja itu kemudian pergi ke Istana Al-Husseiniya dengan menaiki kereta untuk majlis sambutan yang mewah. Menurut pihak istana, Puteri Rajwa akan menjadi Permaisuri Rajwa apabila suaminya menaiki takhta kelak. 

Pengantin perempuan  memakai gaun Elie Saab yang ditempah khas, manakala Permaisuri Rania iaitu isteri Raja Jordan, Raja Abdullah II memilih fesyen jenama Dior sempena majlis perkahwinan tersebut.

Majlis keagamaan pula diadakan di Istana Zahran.  Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania   melangsung perkahwinan mereka di istana tersebut dalam tahun 1993.

Majlis perkahwinan diraja kali ini dihadiri kira-kira 140 tetamu, termasuk kerabat diraja daripada keluarga Bani Hashim dan ketua negara lain. Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden serta isterinya, Jill Biden berkongsi ucapan tahniah di media sosial.

Antara tetamu yang hadir termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dari Malaysia; Raja Juan Carlos I dan Permaisuri Sofia dari Sepanyol; Putera Sebastien (Luxembourg); Putera Mahkota Frederik dan Puteri Mahkota Mary (Denmark); Puteri Mahkota Victoria (Sweden) dan Puteri Takamado dan anak perempuannya, Puteri Tsuguko (Jepun). – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI