fbpx

Program Khas Pengakuan Sukarela 2.0 bermula 6 Jun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pengakuan sukarela menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 akan bermula pada 6 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024.

HASiL dalam satu kenyataan berkata, PKPS 2.0 merupakan inisiatif dibuat pihaknya untuk menyokong rukun kemampanan dalam pentadbiran percukaian negara seiring dengan konsep Malaysia Madani.

“Program yang ditawarkan memberi peluang kepada pembayar cukai baharu dan sedia ada untuk meningkatkan tahap pematuhan cukai mereka berteraskan konsep A.E.S (Awareness, Education, Services) yang diamalkan di HASiL.

“PKPS 2.0 juga memberi peluang kepada pembayar cukai tampil secara sukarela untuk melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai tepat dan teratur,” katanya di sini tadi.

Jelasnya, PKPS 2.0 ditawarkan kepada semua kategori pembayar cukai (kecuali kategori fail majikan) di mana penalti yang ditawarkan adalah pada kadar 0 peratus.

“Pengakuan sukarela itu hendaklah dibuat melalui kaedah seperti Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) atau Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah (BNCKHT) bagi pembayar cukai baharu.

“Ia perlu dikemukakan dalam tempoh pelaksanaan PKPS 2.0 sama ada secara e-Filing atau manual. Bagi pembayar cukai sedia ada yang tudak mengemukakan BNCP atau BNCKHT, mereka perku nyatakannya dalam tempoh PKPS 2.0 sama ada secara e-Filing atau manual,” ujarnya.

Individu yang telah mengemukakan BNCP namun terdapat pendapatan yang tidak dilaporkan, katanya, pengakuan sukarela perlu dikemukakan melalui pautan PKPS 2.0.

“Bagi pengakuan sukarela melibatkan isu harga pindahan, Borang Pengakuan Sukarela Bagi Kes Harga Pindahan boleh dimuat turun dari portal rasmi HASiL.

“Borang yang telah lengkap diisi berserta lampiran perlu dikemukakan kepada pejabat HASiL yang mengendalikan fail pembayar cukai atau ke pejabat berhampiran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI