fbpx

El-Nino: SPAN aktifkan bilik gerakan bermula semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengaktifkan bilik gerakan (war room) bagi memastikan kelestarian perkhidmatan bekalan air di Semenanjung Malaysia dan Labuan susulan fenomena El-Nino yang diramal bermula bulan ini.

SPAN menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, berdasarkan pemantauan semasa, jumlah purata pengeluaran air bersih daripada Loji Rawatan Air (LRA) menunjukkan peningkatan berbanding jumlah purata biasa.

Menurutnya, peningkatan itu didorong oleh penggunaan yang lebih banyak ketika cuaca panas ketika ini.

“Sehubungan itu, SPAN menasihatkan pengguna agar berhemat ketika menggunakan air bagi memastikan kelangsungan bekalan.

“SPAN komited dan mengambil segala langkah yang wajar dalam memastikan impak fenomena El-Nino terhadap perkhidmatan air dapat diminimumkan dan bekalan air dapat dilestarikan,” katanya.

Katanya, objektif utama bilik gerakan itu bertujuan memantau secara rapi situasi empangan dan sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada 354 buah LRA.

SPAN berkata, pihaknya juga akan menyelia operasi pembekalan air bersih secara berterusan kepada pengguna selain memastikan operator bekalan air mengambil langkah kawalan dan mitgasisl sewajarnya jika berlaku krisis bekalan air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI