fbpx

Maguire dalam buruan AS Roma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE dijangka mampu menyelamatkan kariernya jika keluar dari United dan berhijrah ke Serie A Itali. – AFP

MANCHESTER – Saham tonggak pertahanan Manchester United, Harry Maguire melonjak tinggi di Itali apabila dikatakan beberapa kelab Serie A berminat mendapatkan khidmatnya pada jendela perpindahan bulan ini.

Finalis Liga Konferens Europa musim ini, AS Roma antara kelab yang disebut-sebut berusaha mendapatkan tanda tangan Maguire, 30, dengan menjanjikan banyak minit permainan, sekali gus boleh menyelamatkan kariernya.

The Giallorossi merasakan Maguire mampu membentuk gandingan sempurna dengan bekas bek tengah United, Chris Smalling yang kini menikmati kehidupannya di Itali sejak berhijrah ke Rom pada 30 Ogos 2019.

Difahamkan, Roma kini sedang berunding dengan United untuk mendapatkan khidmat Maguire secara pinjaman terlebih dahulu disebabkan gaji tahunan Maguire yang tinggi mencecah nilai €10 juta (RM49.40 juta) setahun.

Pengurus United, Erik ten Hag tiada masalah sekiranya bintang England itu mahu berkelana mencari angin baharu memandangkan beliau lebih gemar menggunakan duo Lisandro Martinez dan Raphael Varane di Old Trafford.

“Tiada pemain gembira dengan situasi ini, sama juga ­Maguire. Dia berlatih pada tahap terbaik dan sentiasa memberikan usaha 100 peratus.

“Boleh katakan saya gembira dia di sini, kerana dia masih dapat menjalankan tugasnya apabila diperlukan. Dia mengawal situasi dengan baik dan kepimpinannya juga penting buat pasukan.

“Namun, segalanya terpulang kepada dirinya sendiri sama ada mahu terus kekal bersama kami atau mendapatkan minit permainan yang lebih banyak,” kata Ten Hag.
Selain Roma, tiga gergasi Itali iaitu Juventus, AC Milan dan Inter Milan turut mengintai peluang mendapatkan khidmat Maguire. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI