fbpx

Kontrak CEO Finas tamat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim

PETALING JAYA – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan kontrak Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) agensi berkenaan tamat hari ini.

Menerusi kenyataan Finas, keputusan menamatkan kontrak Md. Nasir dibuat sebagai langkah penstrukturan semula badan terbabit sebagai langkah membawa perubahan kepada industri perfileman tempatan.

“Penstrukturan ini akan membabitkan penjajaran semula atau ‘recalibration’ ke atas dasar, program serta aktiviti industri kreatif terutama perfileman.

“Inisiatif ini diharap dapat membantu penggiat filem Malaysia menghasilkan filem berkualiti yang mempunyai nilai pasaran tempatan dan antarabangsa yang tinggi,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Finas, Rozita Waty Ridzuan diberi amanah menjalankan tugas CEO berkuat kuasa hari ini sehingga jawatan terbabit diisi.

Finas turut menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan Md. Nasir sejak berada di kerusi CEO perbadanan itu bermula 1 November 2021.

“Terima kasih kepada Dr. Md. Nasir atas segala sumbangan dan jasa bakti sepanjang perkhidmatan sebagai CEO bermula 1 November 2021 sehingga 31 Mei lalu.

“Finas mengucapkan selamat maju jaya kepada Md. Nasir dan semoga beliau dapat meneruskan kecemerlangan dalam apa juga bidang dan organisasi yang bakal diceburi kelak,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) atau kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital mengumumkan pelantikan Md. Nasir sebagai CEO baharu Finas bagi tempoh dua tahun yang sepatutnya berkuat kuasa sehingga 30 Oktober depan.

Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang meletakkan jawatan dan mengakhiri tugas pada 15 Oktober 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI