fbpx

42 peratus daripada 600,000 pekerja di Malaysia obesiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapha berucap pada Majlis Pelancaran HSP 3.0 di UEM Edgenta Learning Centre di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

PETALING JAYA – Sebanyak 42 peratus daripada 600,000 pekerja yang menjalani Saringan Kesihatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) atau HSP tahun lalu dikenal pasti mengalami masalah obesiti.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, analisa yang sama menunjukkan sebanyak 14.1 peratus mereka menghidap kencing manis, manakala 27.91 menghidap darah tinggi.

“Sebanyak 61.2 peratus pekerja mempunyai masalah kolestrol tinggi. Selaras dengan matlamat Malaysia Madani dalam tonggak ihsan, kerajaan komited memastikan kesihatan rakyat dalam keadaan baik.

“Pelaksanaan HSP 3.0 akan membolehkan pekerja mengetahui status kesihatan terkini terutama selepas pasca pandemik Covid-19,” katanya pada Majlis Pelancaran HSP 3.0 di UEM Edgenta Learning Centre di sini hari ini.

HSP 3.0 yang bermula pada 16 Mei lalu sehingga penghujung 2023 ditawarkan secara percuma kepada pekerja berumur 40 hingga 59 tahun meliputi parameter saringan yang lebih komprehensif.

Ia termasuk saringan kesihatan mental, ujian komposisi darah merah, saringan kencing manis melalui ujian HbA1c, ujian tahap kolestrol, ujan fungsi hati dan buah pinggang, serta ujian kanser dalam darah.

Bagi pekerja wanita, saringan kesihatan termasuk kanser payudara serta kanser pangkal rahim dan lebih 2.2 juta pekerja dianggarkan layak untuk menjalani saringan kesihatan HSP tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI