fbpx

Kemungkinan perubahan tarif air awal 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi (empat kanan) bersama Pengerusi Malakoff Corporation Berhad, Tan Sri Ahmad Tajuddin Ali (tiga kanan) melawat ke ruang pameran selepas majlis pelancaran inisiatif penjenamaan semula Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) di Hotel Aloft di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebarang kemungkinan mengenai perubahan tarif air hanya akan dilaksanakan pada awal 2024, kata Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Jelas beliau, sebarang tarif yang akan disemak semula masih tertakluk kepada Mekanisme Penetapan Tarif oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Sama juga seperti tarif elektrik, ia tidak akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan selepas ini atau tidak lama lagi kerana ia akan mengambil masa untuk kita mengkaji pelaksanaan itu sebelum membuat sebarang perubahan.

“Kita tidak mahu membebankan pengguna yang terlibat yang sepatutnya kita lindungi dengan melakukan perubahan yang tergesa-gesa,” jelasnya ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Penjenamaan Semula Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) di Hotel Aloft di sini, hari ini.

Terdahulu, pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu, Nik Nazmi menjelaskan, mekanisme baharu Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi tujuan pelaksanaan subsidi bersasar tarif elektrik akan diumum selepas sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka siap hujung tahun ini.

Nik Nazmi berkata, buat masa ini, kementerian sedang meneliti opsyen ICPT yang munasabah kepada pengguna elektrik di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 1 Disember 2023. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI