fbpx

Kemas sasar 100,000 huffaz menjelang 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid beramah mesra dengan pelajar Tabika Kemas selepas Program Libat Urus Tabika Pra Tahfiz Kemas Bersama Masyarakat Tahun 2023 di KKDW di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menyasarkan 100,000 murid Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) akan menjadi ‘huffaz cilik’ dalam masa tiga tahun.

Inisiatif baharu itu yang turut dikenali sebagai Program Tabika Pra-Tahfiz Kemas bakal dilaksanakan pada Julai depan dengan kerjasama Yayasan Pahang selaku rakan strategik.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, ia merupakan nilai tambah bagi modul Program Penghayatan Pendidikan Islam (PPI) di bawah agensi itu.

“Pelaksanaan program ini menanam minat anak-anak menghafal dan mencintai al-Quran dalam usia muda sebagai persiapan sebelum masuk tahun satu sekolah rendah,” katanya.

Terdahulu, beliau yang juga ialah Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hadir menyertai sesi libat urus Program Tabika Pra-Tahfiz Kemas Bersama Masyarakat 2023, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI