fbpx

Guru taska ditahan dera lebih 280 budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa menjalankan siasatan di sebuah pusat jagaan di Thailand. - Facebook

BANGKOK – Seorang guru taska ditahan kerana mendera lebih 280 kanak-kanak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Ketua polis wilayah Saraburi, Wichit Boonchinwuttikun mendedahkan perkembangan kes itu semalam.

Siasatan di pusat jagaan itu bermula apabila sembilan kanak-kanak disoal siasat oleh pasukan pendakwa raya, polis dan golongan profesional lain yang terlibat dalam kes tersebut.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan kenyataan saksi dikumpul untuk menyokong dakwaan mereka. 

Suspek yang disoal siasat semalam kemudian mengaku bersalah dan menyesal atas perbuatannya.

Kanak-kanak yang menjadi mangsa itu kini ditempatkan di sebuah rumah sementara di wilayah Saraburi dengan beberapa pakar ditugaskan untuk menjaga mereka dan menyediakan sokongan psikologi.

Kes itu pada awalnya didedahkan menerusi sebuah hantaran di Facebook melibatkan penderaan lebih 280 kanak-kanak di sebuah pusat jagaan di Saraburi.

Kanak-kanak tersebut dihukum, diseksa dan diletakkan di bilik gelap sama seperti penjara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI