fbpx

Dua penunggang bertumbuk kerana motosikal bergesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pergaduhan penunggang motosikal setelah berlaku pergeselan motosikal di laluan keluar CIQ BSI, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Dua penunggang motosikal ditahan setelah bergaduh disebabkan berlaku pergeselan kenderaan ketika melalui kaunter M-Bike di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika dua suspek lelaki warga tempatan itu dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Beliau berkata, setelah masing-masing mencabar antara satu sama lain, keadaan bertukar menjadi tegang sebelum suspek yang bekerja di Singapura itu berbalas tumbukan.

“Kejadian ini berpunca apabila motosikal dinaiki salah seorang suspek tergesel motosikal ditunggang seorang lagi suspek di laluan motosikal di CIQ BSI.

“Pergeselan itu menyebabkan mereka mula bertengkar lalu cabar mencabar sebelum mula bergaduh apabila melepasi kaunter M-Bike seperti yang disaksikan dalam video tular itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini hari ini.

Jumaat lalu, tular satu video berdurasi 14 saat memaparkan insiden pergaduhan antara penunggang motosikal berkuasa tinggi dengan seorang lagi suspek lelaki menyebabkan laluan tersebut menjadi sesak sehingga terpaksa dileraikan oleh orang ramai.

Raub berkata, suspek pertama berusia 27 tahun telah ditahan kini masih dalam tahanan reman selama empat hari sehingga esok.

“Pemeriksaan yang dijalankan mendapati lelaki terbabit mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes dadah dan seorang lagi suspek berusia 34 tahun telah ditahan semalam di sekitar daerah ini dan perintah remannya akan dipohon hari ini,” katanya.

Menurut Raub, tiada kecederaan dilaporkan ketika kejadian namun terdapat penggunaan senjata ketika mereka bergaduh dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI