fbpx

Atlet Malaysia ke Kemboja tanpa ada tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEGAT D SHAHRIMAN (tiga dari kiri) menyaksikan Ketua Kontinjen Malaysia, Noor Syahieda Mat Shah mengibar Jalur Gemilang pada majlis penyerahan bendera negara di Majis Sukan Negara kelmarin.

ATLET para negara yang menggalas tugas ke temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 Kemboja tidak berdepan sebarang ‘tekanan’ meskipun kontinjen Malaysia gagal mencapai sasaran pada Sukan SEA.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, tiada istilah menebus maruah sebaliknya mereka bersaing dalam satu pasukan.

Katanya, sasaran 33 emas kepada kontinjen negara ke APG adalah realistik dan mampu dicapai berdasarkan kepada perbincangan bersama.

“Saya fikir ini bukan misi tebus maruah kerana kita adalah sebagai satu pasukan seterusnya perlu bekerja keras untuk mengharumkan nama negara.

“Sudah pasti tiada sebarang tekanan dengan sasaran 33 emas dan ia mampu dicapai.

“Walaupun kita pertaruhkan lebih 50 muka baharu dan tanpa juara dunia atau olimpian negara, namun saya yakin mereka yang terpilih ini mampu memberikan cabaran sengit, sekali gus membawa pulang pingat kelak,” katanya.

Beliau berkata, acara renang dan olahraga kemungkinan besar akan menjadi lubuk kepada Malaysia untuk menyumbang emas pada temasya dwi tahunan itu.

“Saya lihat renang dan olahraga menyumbang 60 peratus emas kepada negara, namun tidak dilupakan juga acara berpasukan turut mampu mencipta kejayaan itu.

“Setakat ini, kita lihat tanpa acara memanah dan tenis berkerusi roda yang mengganggu sedikit senarai pungutan pingat, namun mungkin ada sukan lain akan menyumbang kejayaan positif,” katanya.

Mengikut rekod, kontinjen Malaysia akan mengambil bahagian dalam 13 daripada 14 jenis sukan yang dipertandingkan termasuk satu sukan demo iaitu e-sukan di Phnom Penh, Kemboja dari 3 hingga 9 Jun.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI