fbpx

Netizen pertahankan Jennie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNIE

KEBELAKANGAN ini, Jennie yang juga anggota Blackpink kerap dijadikan sasaran pemerhati dunia hiburan yang seperti sengaja mencari kekurangannya.

Bukan sekadar menghentam persembahannya, penampilan diri serta spekulasi percintaannya turut dijadikan bahan bualan.

Malah, ada pihak membuka topik ‘Jennie akhir-akhir ini’ dalam ruangan sembang komuniti talian.

Dalam ruangan tersebut, mereka bebas melontarkan pendapat dan kebencian mana-mana artis termasuk, terhadap ahli kumpulan Blackpink itu.

Namun, netizen dilihat berada di belakang Jennie dengan mengutuk tindakan pihak yang seperti cuba menjatuhkan selebriti kesayangan mereka.

Rata-rata meminta perbuatan jahat seperti itu dihentikan, sekaligus berharap pihak terbabit melakukan perkara lebih berfaedah berbanding daripada membuat kecaman melulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI