fbpx

MBSJ sita, roboh bengkel kereta haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang disita anggota penguat kuasa MBSJ.

PETALING JAYA – Sebuah bengkel kenderaan yang beroperasi secara haram di SS13, Subang Jaya dikenakan tindakan sita oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

MBSJ dalam kenyataan berkata, tindakan itu dibuat susulan perniagaan membabitkan barangan lusuh (kereta terpakai) itu dijalankan tanpa kebenaran.

“MBSJ bertindak tegas dengan menyita serta mengeluarkan notis perobohan serta merta terhadap premis berkenaan.

“Operasi Bersepadu Bengkel Haram dan Barangan Lusuh ini melibatkan Jabatan Penguat Kuasa, Jabatan Bangunan, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ,” katanya hari ini.

Ia turut melibatkan kerjasama daripada anggota daripada Balai Polis Bandar Sunway dan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.

Justeru, MBSJ menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar kepada undang-undang yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI