fbpx

KPDN jamin bekalan gula mencukupi sehingga Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah (dua dari kanan) dan Mohd. Saharuddin (kanan) memeriksa bekalan gula di sebuah gudang di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan gula adalah mencukupi untuk keperluan di seluruh negara menjelang musim perayaan Hari Raya Aidiladha pada akhir bulan depan.

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, bagi memastikan keberadaan bekalan gula di pasaran, KPDN telah mengarahkan agar dua syarikat pengeluar gula tempatan mengagihkan stok gula pasir kasar dan halus mengikut kuota ditetapkan kepada pemborong.

Beliau berkata, Central Sugar Refinery Sdn. Bhd. (CSR) dan MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM) akan mengeluarkan bekalan gula mengikut kapasiti ditetapkan iaitu masing-masing 24,000 dan 18,000 matrik tan.

“KPDN juga akan memantau rangkaian agihan pengeluaran bekalan di semua peringkat bagi memastikan stok sentiasa mencukupi di pasaran untuk memenuhi permintaan pengguna,” katanya di sini hati ini.

Terdahulu beliau yang diiringi Pengarah KPDN Terengganu, Mohd. Saharuddin Kia memeriksa sebuah syarikat pemborong gula di sini.

Fuziah berkata, KPDN juga telah melanjutkan tempoh Ops Manis bagi memastikan bekalan gula sentiasa mencukupi menjelang Aidiladha.

Jelad beliau, operasi tersebut sepatutnya berakhir pada semalam, namun telah dilanjutksn sehingga 30 Jun depan bagi memastikan semua pihak mematuhi peraturan jualan ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI