fbpx

EPL: Lampard lepas geram selar pemain Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA berdepan krisis prestasi paling hebat musim ini apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-12 EPL. – AFP

LONDON – Pengurus sementara Chelsea, Frank Lampard membidas pemain-pemain The Blues selepas menyaksikan juara Eropah dua kali itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di tempat ke-12.

Hasrat Chelsea untuk menamatkan saingan sekurang-kurangnya di kedudukan ke-11 gagal dilaksanakan selepas mereka mencatat keputusan seri 1-1 de­ngan Newcastle United di Stamford Bridge malam kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, Newcastle yang turun sebagai pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Anthony Gordon sebelum Kieran Trippier menjaringkan gol sendiri untuk Chelsea menyamakan kedudukan.

“Secara keseluruhan, standard dalam pasukan ini sudah jatuh. Sekarang saya boleh berterus-terang kerana ini adalah perlawanan terakhir saya bersama Chelsea, jadi mungkin tidak akan jumpa mereka (pemain) lagi.

“Standard untuk pasukan se­perti Chelsea perlu berada pada tahap maksimum, jika sebalik­nya anda tidak mampu bermain secara kompetitif. Sukar untuk bermain di tahap terbaik jika masalah sebegini tidak diben­dung,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menganggap Chelsea memiliki terlalu ramai pemain sehingga menyebabkan kesukaran buat mana-mana pengurus untuk menyusun taktikal dalam setiap perlawanan.

“Skuad kali ini terlalu besar, itu adalah cabaran utama yang saya lihat sejak tiba di sini. Pengurus baharu akan lihat sendiri perkara ini nanti, namun beliau bertuah kerana memiliki aksi pramusim,” ujar Lampard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI