fbpx

Anwar nafi PH tawar Pas sertai Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) beramah mesra bersama tetamu sewaktu melawat ruang pameran selepas merasmikan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan berhubung tawaran yang dibuat beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) kepada Pas untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, perkara itu tidak pernah dimaklumkan dan sampai ke dalam pengetahuan beliau.

“Saya tidak dimaklumkan sama sekali. Mungkin tak tahu siapa ketua ‘ranting’ (pimpinan) ke yang sampaikan, saya tidak tahu.

“Tetapi tidak kepada saya dan juga pimpinan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, perkara itu juga tidak pernah dibincangkan antara PH dan juga Barisan Nasional (BN).

“Itu tanya pada (Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang), kerana perkara itu tidak pernah dibincang oleh pimpinan sama ada dalam PH atau BN,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan beberapa pemimpin PH berjumpa dengannya dan menawarkan Pas menyertai Kerajaan Perpaduan.

Selain itu, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau turut dihubungi beberapa pihak yang menawarkan perkara yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI