fbpx

9 kawasan catat cuaca panas tahap 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi beberapa kawasan di semenanjung Malaysia dan Sabah.

MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, di semenanjung Malaysia kini terdapat lapan kawasan yang terlibat iaitu di Pasir Mas dan Kuala Krai, Kelantan.

“Sementara itu, beberapa kawasan di Pahang juga mencatatkan cuaca panas tahap 1 iaitu di Raub, Bentong, Bera, Temerloh, Jerantut dan Kuantan.

“Bagi negeri Sabah pula, hanya satu kawasan berada di tahap 1 iaitu di Kinabatangan,” katanya di sini hari ini.

Menurut hantaran itu, tahap berjaga-jaga menunjukkan suhu maksimum harian dicatatkan pada 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI