fbpx

Shanghai catat suhu bulan Mei paling panas dalam 100 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita memakai pakaian pelindung diri ketika cuaca panas melanda Shanghai hari ini. – AFP

BEIJING, China – Shanghai merekodkan suhu bulan Mei paling panas dalam tempoh 100 tahun pada hari ini, kata perkhidmatan meteorologi bandar raya itu.

Saintis-saintis berkata, pemanasan global menyebabkan suhu menjadi lebih ekstrem dengan banyak negara mengalami gelombang haba, manakala suhu di serata Asia Tenggara dan Asia Selatan mencatat rekod baharu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

“Pada pukul 1.09 tengah hari, suhu di stesen Xujiahui mencecah 36.1 darjah Celsius sekali gus memecahkan rekod berusia 100 tahun untuk suhu bulan Mei,” demikian menurut kenyataan perkhidmatan meteorologi di laman Weibo, merujuk kepada stesen metro di pusat bandar terbesar di China itu

 Suhu di stesen sibuk itu kemudian meningkat lagi kepada 36.7 Celsius.

Angka itu satu darjah lebih tinggi daripada rekod lama, 35.7 darjah Celsius yang direkodkan sebanyak empat kali sebelum ini dalam tahun 1876, 1903, 1915 dan 2018.

“Saya keluar waktu tengah hari untuk mengambil barang dan mengalami sakit kepala  selepas pulang,” kata seorang penduduk Shanghai di Weibo

Seorang lagi berkata: “Saya hampir diserang strok haba, cuaca sungguh panas saya rasa seperti hendak meletup.” – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI