fbpx

Pelajar gaduh baling pemadam, 2 lagi ditahan – Kamarul Zaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan dua lagi individu yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan di kawasan Tampoi, di sini yang tular di media sosial kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, penahanan terbaharu itu menyaksikan seramai lapan individu ditahan setakat ini melibatkan suspek berusia antara 18 hingga 35 tahun.

Menurut beliau, pihaknya masih lagi mengesan beberapa individu yang dipercayai terlibat atau menjadi saksi kepada pergaduhan berkenaan.

“Sebenarnya, kes pergaduhan yang bermula antara pelajar sekolah ini sudah selesai apabila polis telah bertemu dengan keluarga kedua-dua pihak, tetapi yang menjadi isu ketika ini adalah apabila orang luar campur tangan.

“Jadi nasihat kami adalah agar semua pihak tidak mengganggu siasatan polis dan tidak membuat sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh mengapi-apikan lagi keadaan.

“Polis Johor akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat melanggar sebarang undang-undang negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

Pergaduhan tersebut dipercayai berpunca akibat tindakan salah satu pihak membaling pemadam kepada pihak lain sebelum terjadinya pergaduhan antara mereka.

Insiden berkenaan didakwa semakin parah apabila satu pihak memanggil individu dari luar sekolah untuk terlibat sama sehingga menyebabkan beberapa individu cedera termasuk di bahagian kepala.

Semalam, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh dilaporkan berkata, enam suspek termasuk seorang perempuan ditahan berkait satu pergaduhan yang tular menerusi rakaman video berdurasi 28 saat.

Siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11.40 malam kelmarin (27 Mei) di kawasan Tampoi, di sini.

Kesemua suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga Rabu depan.

Dalam rakaman video berdurasi 28 saat yang tular itu, dapat dilihat beberapa suspek memukul seorang lelaki yang terbaring di atas jalan raya menggunakan penumbuk, sepakan dan juga topi keledar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI