fbpx

Maidam salur zakat pendidikan lebih RM68 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Muhammad Ismail (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan pendidikan YPM kepada salah seorang murid sambil diperhatikan Shaikh Harun (dua dari kanan) di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memperuntukkan RM68.1 juta untuk bantuan zakat pendidikan kepada pelajar negeri ini pada tahun ini.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, sebanyak RM21 juta daripada peruntukan tersebut telah diagihkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Beliau berkata, semua bantuan itu disalurkan kepada pelajar kurang berkemampuan menerusi 13 program seperti bantuan awal pendidikan, bantuan pengajian Islam, bantuan pengurusan pondok dan bantuan institusi pendidikan tinggi (IPT).

“Maidam telah menyediakan pelbagai program bagi meringankan beban kewangan golongan pelajar asnaf dan miskin mendapat pendidikan sempurna walaupun dalam suasana ekonomi yang mencabar ketika ini.

“Bantuan ini diberi daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat IPT,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Dana Sumbangan Pendidikan Yayasan Pendidikan Maidam (YPM) yang disempurnakan Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YPM, Datuk Wan Ismail Wan Yusof pula berkata, pihaknya berjaya mengumpul dana sebanyak RM1 juta untuk diagihkan kepada pelajar asnaf yang layak sepanjang tahun ini.

“Lima program baharu telah diwujudkan di bawah YPM iaitu Skim Anak Angkat, Prihatin@ School, Prihatin@University, Boleh YPM Tolong serta Infra dan Fasiliti Pondok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI