fbpx

JKDM uji teknologi baharu, e-seal pantau pergerakan logistik kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan meninjau kaunter Cawangan Klasifikasi Tarif dan Gubalan (CKTG) ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang mengkaji dan menguji keberkesanan penggunaan teknologi peranti baharu iaitu e-seal bagi memantau pergerakan logistik kontena dan lori perdagangan sekali gus membanteras aktiviti penyeludupan.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, teknologi peranti dibangunkan kepakaran tempatan itu akan menggantikan penggunaan sil timah (lead seal) yang digunakan di setiap kontena sebelum ini.

Menurutnya, peranti berkenaan telah diguna pakai secara meluas di negara-negara Afrika Timur seperti Kenya, Uganda, Rwanda, Burundi dan Congo.

“Pelaksanaan e-seal di negara itu telah meningkatkan kutipan cukai mereka sebanyak 20 peratus dan kita harap dengan penggunaan teknologi baharu itu, pungutan hasil negara juga bertambah 20 peratus,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Ibu Pejabat JKDM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, sekiranya JKDM melaksanakan penggunaan e-seal, ia bukan sahaja dapat meningkatkan keselamatan, malah meningkatkan kebolehkesanan pergerakan kontena dan lori.

Jelasnya, teknologi berkenaan juga dapat memastikan barangan dagangan dapat tiba ke destinasi tepat pada masanya selain maklumat pergerakan dapat dipantau oleh pusat kawalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI