fbpx

APMM lupus tiga bot nelayan Vietnam di perairan Pulau Kapas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah bot nelayan Vietnam yang ditenggelamkan APMM di perairan Pulau Kapas, Marang hari ini.

MARANG – Agensi Pengkuat kuasa Maritim Malaysia (APMM) melupuskan tiga lagi bot nelayan Vietnam dengan menenggelamkannya di perairan Pulau Kapas di sini hari ini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Khairulanuar Abd. Majid berkata, ketiga-tiga bot nelayan Vietnam itu telah dilucukhak oleh mahkamah baru-baru ini.

“Kesemua bot nelayan asing itu telah disita oleh APMM kerana mencerobohi perairan negara untuk menangkap hasil laut secara haram pada tahun lalu.

“Setakat ini, tujuh bot nelayan Vietnam termasuk tiga terbaharu ini telah ditenggelamkan sebagai tukun tiruan di sekitar perairan Terengganu sejak awal tahun ini,” katanya di sini hari ini.

Khairulanuar berkata, sebanyak 13 bot nelayan Vietnam sedang menunggu keputusan lucut hak diputuskan mahkamah pada masa terdekat.

Tambah beliau, kesemua bot nelayan asing itu dijangka akan turut ditenggelamkan di perairan Terengganu selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Setakat ini, APMM telah berjaya menenggelamkan 156 bot nelayan asing untuk dijadikan tukun tiruan ke dalam perairan Terengganu.

“Tindakan ini menunjukkan keseriusan APMM bagi menangani pencerobohan nelayan asing selain inisiatif pemuliharaan marin di perairan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI