fbpx

Amaran ribut: Tiada perubahan jadual jemaah haji di Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di sekitar kawasan Mekah yang dibasahi hujan selepas solat Subuh pagi tadi.

MEKAH – Tiada sebarang perubahan pada aktiviti dan program yang telah diaturkan untuk jemaah haji ekoran pengumuman amaran hujan lebat, ribut pasir dan banjir kilat yang dikeluarkan oleh direktorat pertahanan awam Arab Saudi baru-baru ini.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, setakat ini, amaran yang dikeluarkan pada 26 Mei lalu dan berlarutan sehingga Rabu ini itu tidak menyebabkan malapetaka atau bencana yang boleh menyebabkan pergerakan terbatas.

Bagaimanapun katanya, jemaah dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan peka dengan maklumat terkini yang disalurkan melalui kumpulan WhatsApp untuk kumpulan masing-masing dan aplikasi THhujjaj.

“Petugas maktab dan zon di Tanah Suci telah mengambil maklum dan sentiasa memantau serta menasihati jemaah supaya sentiasa peka dengan keadaan.

“Jemaah dinasihatkan supaya berada di dalam hotel atau masjid jika berlaku hujan lebat dan angin kencang dan hanya keluar apabila keadaan reda. Setakat ini ia tidak mengubah perancangan yang telah diatur untuk jemaah,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Syed Saleh, cuaca di Arab Saudi kini mencecah sehingga 42 darjah Celsius dan jemaah dinasihatkan supaya tidak terdedah terlalu lama di tengah panas.

Syed Saleh turut memohon rakyat Malaysia mendoakan operasi haji kali ini berjalan lancar seperti dirancang selain meminta supaya kesemua 31.600 jemaah dijauhkan daripada sebarang perkara memudaratkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI