fbpx

90 peratus ‘projek sakit’ KKM kerana kontraktor tak mahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL Rahman pada sidang akhbar selepas merasmikan kursus berkenaan di Pusat Kecemerlangan dan Teknologi JKR (CREaTE), Simpang Ampat Melaka, hari ini. Foto oleh oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

ALOR GAJAH – Lebih 90 peratus ‘projek sakit’ melibatkan pembinaan bangunan Kementerian Kesihatan (KKM) dikesan berpunca daripada masalah kontraktor tidak berpengalaman.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sebanyak 24 daripada 166 projek masih berstatus ‘projek sakit’ susulan kelewatan pembinaan oleh syarikat kontraktor yang dilantik.

Katanya, 90 peratus daripadanya didapati mempunyai masalah berkaitan pengalaman bagi pembinaan dan perbekalan bangunan hospital serta klinik kesihatan dan sebagainya.

“Banyak perkara semasa pembinaan melibatkan pelanggan kami, khususnya KKM, bila berlaku pembinaan terbahagi kepada beberapa bahagian.

“Pembinaan dan perbekalan yang kita sukar untuk gabung ini menyebabkan kelewatan sehingga terpaksa guna kontraktor penyelamat untuk pastikan kelancaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan kursus berkenaan di Pusat Kecemerlangan dan Teknologi JKR (CREaTE), Simpang Ampat di sini, hari ini.

Ujarnya, sehubungan itu kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan mewajibkan para kontraktor yang terlibat dengan projek KKM untuk mengikuti dan lulus Kursus Sijil Kompetensi Kontraktor Kesihatan (SKKK), bermula tahun ini.

“Sebab itu kita adakan kursus, buat penapisan kerana kita tidak mahu lagi ada rasa bimbang atas perkara yang kita laksanakan.

“Kalau kita ambil 200 kontraktor, kita akan saring dahulu, mungkin hanya 35 kontraktor yang layak lepas saringan,” katanya.

Jelasnya, Kursus SKKK yang pertama kali dilaksanakan itu telah melibatkan seramai 35 syarikat kontraktor gred G7 dan lulus penetapan prasyarat oleh Kementerian Kewangan.

Abdul Rahman berkata, langkah drastik itu juga dapat mengelakkan golongan kontrator daripada terbeban dengan denda kelewatan atau liquidated ascertained damage (LAD) yang boleh mencecah sehingga jutaan ringgit.

“Kursus ini adalah untuk mereka supaya boleh laksana tanggungjawab dengan lancar bila ditawar projek. Kalau projek RM300 atau RM400 juta, denda mungkin RM50,000 sehari, maka mereka akan alami kerugian,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI