fbpx

Tikam mati rakan sekerja syak ada hubungan dengan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUNGAI PETANI – Berang selepas mengetahui rakan sebelah bilik menjalin hubungan dengan isterinya, seorang buruh kilang menikam dalam kejadian di sebuah kilang kayu di Bakar Arang di sini semalam.

Kejadian berlaku di pekarangan asrama pekerja pada pukul 1.30 tengah hari itu membabitkan suspek berusia 35 tahun dan mangsa berusia 34 tahun.

Kedua-dua mereka merupakan warga Myanmar yang tinggal bersebelahan bilik di kawasan kilang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa maut akibat cedera parah di bahagian kiri perut akibat ditikam dengan pisau.

“Saksi kejadian iaitu isteri mangsa juga warga Myanmar memberitahu dia terkejut melihat suaminya masuk bilik asrama dalam keadaan berlumuran darah dengan luka di perut tengah hari semalam.

“Sebelum meninggal dunia, mangsa sempat beritahu dia ditikam suspek selepas bergaduh kerana dituduh mempunyai hubungan dengan isterinya,” katanya.

Kata Zaidy, suspek tinggal berseorangan di bilik berkenaan kerana isterinya bekerja di luar daerah. Dia sering bertengkar dengan mangsa sebelum ini tidak berpuas hati berikutan lelaki itu selalu memuji kecantikan isterinya setiap kali mereka bertemu.

Selepas menerima maklumat, polis berjaya menahan suspek yang bersembunyi di kawasan kilang itu kira-kira empat jam kemudian.

“Suspek mengaku menikam mangsa dan menunjukkan pisau berhulu hitam berukuran 29 sentimeter yang digunakan dalam kejadian itu.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat, manakala suspek direman sehingga Jumaat depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI