fbpx

RM5 juta setahun buat Majlis Belia Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyempurnakan simbolik Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2023 di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson di sini hari ini. -Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

PORT DICKSON – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM5 juta setahun kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi melaksanakan pelbagai program membabitkan orang muda tanpa sebarang kekangan kewangan.

Menurutnya, bagi membantu mengupayakan pertubuhan belia berdaftar, Kerajaan melalui KBS telah menyediakan sejumlah RM5 juta bagi tahun 2023 untuk menampung sebahagian daripada kos pentadbiran dan pengoperasian.

Katanya, peruntukan bantuan pentadbiran ini akan disalurkan kepada MBM selaku Badan Induk Pertubuhan Belia seterusnya bertanggungjawab mengawal selia agihan dan penyaluran mengikut prosedur kepada badan-badan gabungan mengikut kelayakan.

“Sebab itu, MBM sangat penting dalam menyelamatkan negara kita untuk membina kekuatan baharu. Ajar anak muda angkat martabat mereka, hormat satu sama lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2023 di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan MBM perlu memperincikan laporan tentang hala tuju menerusi peruntukan yang diumumkan itu selain memastikan penyertaan wanita di semua peringkat termasuk pimpinan MBM.

Anwar turut menitipkan pesanan agar belia tidak menggunakan agama dan kaum untuk merosakkan negara.

“Sekiranya kita ada tekad yang betul, sikap yang betul, kita mahu kebenaran, kita mahu selamatkan negara, jangan guna agama, jangan guna kaum, kita rosakkan negara. Hentikan,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri turut melancarkan Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030) yang menjadi pelengkap kepada Dasar Belia Malaysia dan selari dengan dasar nasional terkini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI