fbpx

Keusahawan perlu jadi subjek teras sekolah menengah, rentas kurikulum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan beramah mesra dengan salah seorang ahli Gerakan Belia 4B Malaysia pada majlis tersebut di Universiti MAHSA, hari ini

KUALA LANGAT – Pendidikan keusahawan perlu dijadikan sebagai subjek teras di peringkat sekolah menengah dengan merentasi kurikulum sedia ada.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, cadangan itu antara isu utama yang dibincangkan bersama Majlis Pekerjaan Negara (MPN) yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum ini.

Katanya, statistik merekodkan hanya 40 peratus daripada 500,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjaya melanjutkan pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) setiap tahun.

“Jumlah itu menunjukkan bahawa kira-kira 300,000 daripada mereka sebaliknya mungkin akan bekerja di sektor kilang atau e-hailing sekali gus memenuhi golongan B40 di negara ini.

“Justeru, kita tidak mahu perkara itu terus berlaku dan keusahawanan perlu menjadi subjek teras sekolah menengah dalam usaha melahirkan usahawan berpendapatan tinggi,” katanya selepas merasmikan majlis perhimpunan agung tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia kali ke-42 dan 43 di Universiti MAHSA di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya mahu subjek itu merentas kurikulum sekolah dan ditetapkan secara khusus kepada pelajar seperti subjek utama lain.

“Seseorang usahawan perlu mempunyai ilmu perniagaan lebih meluas dan kaedah pemasaran yang efektif bagi mencapai kejayaan.

“Jika lebih ramai usahawan, maka lebih mudah sesebuah negara itu akan maju dan kita berharap Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan cadangan tersebut,” ujarnya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI