fbpx
Pesawat khas yang membawa Anwar dan Azizah mendarat di Pangkalan Udara Brigadier General Benito N. Ebuen, tengah hari tadi. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

Anwar, Azizah tiba di Cebu hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-48

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di Cebu, Filipina hari ini bagi lawatan dua sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 dan Mesyuarat Berkaitan.

Pesawat khas yang membawa pemimpin negara itu mendarat di Pangkalan Udara Brigadier General Benito N. Ebuen pada pukul 1.50 tengah hari waktu tempatan.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, antara isu utama yang menjadi tumpuan pada sidang kali ini adalah berkaitan kemelut bekalan tenaga global.

“Alhamdulillah, saya dan Azizah baru sudah mendarat di Kota Cebu, Republik Filipina tengah hari ini. Saya di sini bagi mewakili negara untuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 dan Sidang-Sidang Berkaitan yang pada tahun ini dipengerusikan Filipina.

“Sidang ini akan memberi tumpuan antaranya kepada kemelut bekalan tenaga global saat ini, selain menggilap idealisme dan semangat ASEAN sebagai keluarga dan kesatuan yang erat, kuat dan bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu, Duta Besar Malaysia ke Filipina, Datuk Abdul Malik Melvin Castelino Anthony dilaporkan berkata, Malaysia akan menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh Kepusatan ASEAN, perpaduan dan daya tahan rantau.

Beliau berkata, selain kesan konflik di Asia Barat, fokus turut tertumpu kepada perbincangan mengenai konflik pembangunan Komuniti ASEAN, keselamatan tenaga dan makanan serantau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN