fbpx

Cadangan mewujudkan akta baharu melindungi pekerja e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) menyerahkan replika cek tajaan peralatan keusahawanan kepada penerima di Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) 2023 Negeri Perak, Bagan Datuk hari ini.

BAGAN DATUK – Kerajaan berhasrat menggubal akta baharu bagi perniagaan berkaitan e-hailing khususnya dalam melindungi pekerja yang terlibat serta memberikan kemahiran semula untuk mereka yang sudah berusia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggubalan itu dicadangkan selepas kerajaan mengadakan sesi libat urus dengan pihak yang terlibat dengan perniagaan tersebut.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dan kita akan memperincikan akta ini.

“Ini (bagaimanapun) akan mengambil masa yang agak panjang kerana ia melibatkan penglibatan Jabatan Peguam Negara, komen (pandangan) beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan yang terlibat dalam industri ini,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar yang turut dihadiri Sivakumar, selepas merasmikan penutupan Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) 2023 Negeri Perak di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, penggubalan akta itu akan dipastikan dapat memuaskan hati semua pihak dengan aspek terpenting dan asasnya adalah jaminan masa depan pekerja e-hailing.

Beliau menjelaskan, apabila pekerja e-hailing semakin berusia, maka kudrat mereka semakin berkurangan, justeru perlu ada program untuk memahirkan semula mereka khususnya jika berhasrat menceburi bidang pekerjaan lain.

Pada masa sama, maklumnya, perlindungan sosial juga harus diberikan kepada mereka bukan sahaja daripada aspek insuran tetapi juga kadar elaun dan manfaat lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI