fbpx

Peniaga gigit jari durian RM3,000 kena kebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN gerai durian milik Mohd. Ghazali yang kosong selepas jualannya dilarikan seorang lelaki petang semalam.

KLUANG – Seorang penjual durian di Jalan Kota Tinggi – Kluang berhampiran bulatan Mardi di sini hanya mampu menggigit jari selepas semua buah durian yang dijualnya habis dilarikan seorang lelaki petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.20 petang itu, mangsa, Mohd. Ghazali Esa, 45, mengalami kerugian kira-kira RM3,000 selain perlu mengganti rugi kepada pembekal buah berkenaan.

Menurut Ghazali, kejadian terlalu pantas sehingga dua orang lagi pekerja yang ada digerai sama tergamam melihat lelaki berkenaan terus memecut laju ke bulatan Mardi dan tidak dapat dikesan arah tujuannya.

“Lelaki dalam lingkungan 40-an datang ke gerai dengan menaiki pacuan empat roda Mitsubishi Triton dan bertanya harga buah durian dan mahu membeli kesemua stok yang ada.

“Pekerja bawa naik semua durian ke dalam pikap sebelum lelaki itu cakap nak ambil duit dan hidupkan enjin terus pecut bawa lari. Kami pun belum mendapat sebarang keuntungan kerana ini adalah hari pertama gerai kami dibuka,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan kes bukan dikategorikan sebagai samun namun melarikan jualan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI